dah start mem'blog' balek dah? nahh,just to buy time...well,i read through geng-geng lama punya blog...ada yang memang pandai mem'blog' sebab ayat-ayat walaupun simple tapi memberi impak yang direct-ke-muka...hahaha...tu yang aku suka dengan geng-geng lama...contoh, siti adeb,marly & izat...cukup seronok membaca blog-blog mereka nie...aku takla pandai tulis sebegitu cuma apa yang ada ku nyatakan di sini....
well, banyak benda telah ku tempuhi lewat ini... soal kerja ka, kehidupan peribadi ka, kehidupan orang-orang sekeliling ka...ya memang banyak...tapi aku tahu orang lain pun akan alami benda yang sama juga cuma cara atau intipati agak berbeza...tapi 'jalan kerja' memang menunjukkan jawapan yang hampir sama di akhirnya nanti...
bila bercerita tentang kerja, aku suka sangat nak memfokus dengan students yang tak tahu erti kehidupan sebenarnya...entahlah,kurang diajar mak bapak ka atau diaorang yang tak reti nak di didik? maka para guru di sekolah la menjadi mangsa cemuhan mereka-mereka yang biadap dan boleh aku sifatkan sampah masyarakat ini....aku takla pernah digertak atau di 'warning' bebudak nie sebab aku memang tak tengok muka bebudak nie...tapi aku kesian kat kolik-kolik aku yang perempuan bila mereka selalu ditindas golongan tersebut...taklah sampai tangan dengan guru cuma cara mereka meluahkan apa yang mereka rasa tak puas hati tu cukup meluat dan tidak menghormati guru mereka...dahla kelas hujung,memang takda masa depan still gak nak berlagak di sekolah...apa nak jadilah dengan mereka nie...kalo aku sumpah,memang bebudak nie mati eksiden kat highway nun...tapi tetap aku (dan lain-lain) simpan dalam hati... biar Tuhan saja yang mampu membalas perbuatan diaorang nie...
lain pula bila berjumpa dengan students yang buat kita bahagia...tak kira la dalam kelas ker, yang diajar ker,tak diajar ker, kat dewan ker,kantin ker....semua mereka nie mampu membuat aku tersenyum, sebab pada aku ini dah kira respect yang aku inginkan selalu... yang buat kerja rumah, yang suka tanya soalan-soalan (yang kadang-kadang out of topic), yang melayan cara kita yang suka bersahaja selalu membuat aku tersenyum seketika... bukan aku nak gila tapi aku selalu teringat zaman aku sekolah dulu... tu yang buat aku rindu akan zaman sekolah dulu... ada certain students aku macam perangai aku dulu,suka menyakat guru... last-last guru akan mengalah asyik disakat... hahaha....kena kat aku balik sekarang!! tapi itu menjadi hiburan aku bekerja...
aku seronok bila berjumpa students yang aku sayang... ada yang Form 5 tahun nie tahun depan dah takda...well, people come and go... biasalah tu lumrah hidup... yang ex-students aku pernah ajar nak aku ajar balik (macamlah aku hebat sangat) diaorang tapi apakan daya dah dijadualkan bukan dengan kelas diorang so takleh nak buat apalah... aku ajar Form 1 tahun nie & aku rasa bahagia... terutama 1 Bestari sebab yang bestnya habis jer kelas 'Thank you Sir, we love you Sir'....huh,dah marah segunung berapi bila last-last diaorang cakap camtu hancur luluh hatiku... susah aku nak marah kat kelas nie...tapi kelas nie juga selalu bikin gara-gara, kes cintan-cintun la,curik duit kawan sekelas la and macam-macam lagi lah...tapi dari kelas tu jugala aku terjumpa seorang budak yang aku dah anggap macam adik sendiri... tahu-tahu kami saudara jauh la pulak kan? what a small world...kalo nak dibandingkan dengan 5 Intelek, diaorang nie dah dewasa so aku tak dapat nak judge sangat perangai diaorang sebab tak bawak mereka dari form 1 lagi...aku hanya kenal start tahun lepas saja... tapi diorang best jugak sebab paham lawak yang aku bagi kadang-kadang,tapi setakat ni kelas paling aku suka dah setentunya 5 Intelek lah...diaorang lah batch students aku yang terbaik pernah aku jumpa setakat nie...5 Bestari ok cuma segelintir aku rasa macam nak sepak ke ladang sawit.... 5 Dinamik ok jugak cuma respon terhadap pelajaran agak low sikit sebab diorang memang kurang dari segi akademik... 1 Canggih pun agak ok cuma masih kebudak-budakan lagi... sesetengah jer macam dah membesar,yang lain tu masih darjah 3...
well, aku pulak?
biasa jer,masih maintain macam dulu....
jangan risau!! ;)
No comments:
Post a Comment