Friday, December 2, 2011

menanti hujan reda.....

hari ini jalan-jalan kat bintang mall mencari bola tampar...dah agak penat singgah ke kafe kegemaran ku ,Kafe Starbucks...selepas mengorder air kegemaran sampai bila-bila, Iced Caramel Macchiato (aku terpikir-pikir mengapakah diberi nama sehebat itu sedangkan ianya cuma air kopi susu dan sedikit manisan karamel..) aku pun mencari tempat yang sesuai nak membuang masa ku sementara menanti hari hujan teduh...

semasa aku membuang waktu di situ,memang banyak gelagat manusia lalu lalang dan juga yang membeli di kafe tersebut...ramai yang nampak agak berada (tak termasuk aku ah?) membeli minuman dan makanan di situ...tak kurangnya juga yang sederhana sahaja perwatakannya tetapi aku pasti orang berada juga...

"hi hello,any drinks for you sir..." sapaan 'barista' di kaunter pembelian...aku cukup kagum dengan cara layanan gadis yang cukup konfiden dengan bahasa inggeris nya yang cukup sedap di dengar...

"venti size for you sir?" pelanggan mengangguk...
"but i'm sorry sir we are running out of whipped cream,is that okay with you sir?" pelanggan mengangguk lagi...
"with chocolate chips in it?" pelanggan mengangguk...

sungguh berkarisma cara bertanya tersebut sehingga pelanggan hanya mampu mengangguk menturuti semua pertanyaan gadis tersebut...ini yang membuat aku cukup kagum dengannya...

yang buat aku nak gelak,adalah dua couple nie nak membeli tetapi dari segi gaya rupa,aku agak masih muda remaja lagi diaorang nie...

semua pertanyaan gadis tu hanya dianggukkan sahaja...aku rasa diaorang tak reti apa yang gadis tu cakap kot?sampai jer minuman,kedua-duanya pelik dengan minuman yang telah disediakan..rupa-rupanya diaorang tak jangka minuman tersebut sedemikian rupa...lain yang diharapkan,lain pula yang muncul...(agaknya)...

pengajaran hari ini: Sila asah Bahasa Inggeris anda supaya tidak dimanipulasi oleh sesetengah pihak...

sekian..

No comments: