Saturday, September 1, 2012

Aku Sayang Sangat ke Kamu....


Di hari lahir ku hari ini....

ku coretkan apa yg terbuku di hati ini...
bilamana....
hari-hariku tiada suramnya lagi...
kerana kau hadir menyinari kesuraman itu...
ku amat bahagia dapat mendampingimu...
kerana kau membawa seribu satu makna...
menghiasi sudut di hati ini....

Kini...

kau sentiasa ada mendengar luahan isi hatiku...
tatkala ku keseorangan...
menginginkan seseorang untuk mendampingi ku...
kau akan selalu ada...
kerap bertanya khabarku...
biarpun jauh beribu batu...
kau tetap ada dekat di hatiku...

Hari ini...

ku berdoa agar kau akan tetap di sini...
bersama menempuhi hari-hari esok...
biarpun banyak ranjau dan duri menghalang perjalanan kita....
ku berharap agar dikau akan tetap setia dengan ku...
kerana ku takut kehilangan mu...
kerana ku sayang sangat dengan mu....

#kau tahu siapa dirimu...

- ABSAFS -

No comments: