Thursday, October 25, 2012

Aku amat merindui mu...

di sini aku bersendirian lagi...
hanya blog ini menjadi ruangan saksi...
betapa aku amat merindui mu...
diri mu yang kecil itu...
diri mu yang selalu menghantui fikiran ku...
biarpun dikau tidak kerap menemui ku...
tidak juga membaca ruangan ini selalu...
aku tetap yakin dengan diri mu...
aku yakin kerana dikau juga menyayangi diriku...
menyayangi diriku seadanya...
kerana dikau tidak lihat pada harta atau rupa...
aku terharu dengan keikhlasan dirimu...
mengambil berat tentang diriku...
mengambil peduli tentang keberadaan diriku...

Dan disebabkan itu...
ya, dan disebabkan itu aku amat sayang pada mu...
si buah hati kecil ku...
akan aku coba untuk tidak melukakan hati mu...
berjanji untuk menjaga dan menyayangi diri mu...
sehingga ajal memisahkan kau dan aku...

Dan jika ajal ku lebih awal dari mu...
ku berharap dikau akan sentiasa mengenang diriku...
seperti aku juga akan mengenangmu...
kerana sayang ini tidak akan pernah pudar dan lekang oleh waktu...

ikhlas dari hati kecil ini,
- ABSAFS -

No comments: