Monday, September 23, 2013

dikau kembali lagi...

ya dikau yang pernah aku sayang...
dikau yang pernah mealpakan diri ini suatu ketika...
menyayangi mu tanpa mengira waktu...
menyayangi diri mu seadanya kamu...
menyayangi sikap dan semua yang ada padamu...

ya,kini dikau kembali...
kembali menyayangi diri ini kembali...
seperti dulu kala...
tetapi dengan sikap yang lebih matang...
dikau telah berubah...
berubah dari asal sikap mu yang keanak-anakan...
kini dikau kembali...
mencuri hati ini lagi...

saya sayang sangat kat kamu...

ABSAAS

Tuesday, January 22, 2013

MEMORI 2012

Di sini aku memblog lagi...menceritakan kisah 2012 yang telah menutup tirainya 22 hari yang sudah...tahun yang akan tersemat sebagai memori hitam yang akan menjadi kenangan pahit...sungguhpun ada juga memori indah tetapi tidak dapat menangkis memori hitam yang akan menitiskan airmata ku jika aku mula mengenangnya...

Pada 20 Disember 2012 yang dah lepas, genap sebulan dua hari, perginya seorang insan yang teramat ku sayang...seorang insan bergelar 'Mummy' atau mama atau ibu bagi sesetengah mereka...perginya beliau amat menyentuh hatiku...sehingga kini jika aku menatap gambarnya,air mata sahaja mengisi suasana...tak dapat aku bayangkan betapa peritnya hidup ini esok tanpa nya ada lagi bersama kami...aku amat menyayanginya kerana beliau amat memahami diri ini...diri yang sering meninggikan suara terhadapnya, dan terkadang bersikap kasar terhadapnya...tetapi jauh di lubuk hatinya dulu, beliau amat kenal dengan sikap anaknya yang seorang ini...untuk itu aku amat berterima kasih terhadapnya kerana sudi melayan kerenah ku ini...aku tetap bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan aku kesempatan untuk mengenali seorang ibu yang amat penyayang dan terlalu penyabar...terimalah sebuah sajak yang tak seberapa ni...

Mummy Alau Bala...
Terima kasih...
Kerana telah melahirkan diri ini...
Terima kasih...
Kerana telah membesarkan diri ini...
Terima kasih...
Kerana sudi merawatku tatkala sakit...
Terima kasih...
Kerana sudi memasak lauk sedap untuk ku...

Akan ku rindui ketiadaan mu...
Semalam, hari ini dan selamanya...
Kerana ketiadaan mu kini dunia agak sepi...
Tidak ku sangka dikau akan pergi sesegera ini...
Jika dapat ku putarkan masa...
Akan ku putarkan agar dapat memperbaiki kisah silam...
Jika itu dapat sekali ku lakukan...
Akan ku lakukan demi mu...
Kerana aku amat sayang akan dirimu...
Sayang kerana dikau sajalah ibu ku...
Yang amat bermakna dalam hidup ku...

Salam sayang dari anak mu yang akan kehilangan tempat bermanjanya...

Sunday, December 16, 2012

AKU TETAP SAYANG. .

sungguhpun dikau selalu saja sibuk..
sibuk dengan tugasan harian mu...
aku tetap sayang akan diri mu...
aku selalu ingin memahami diri mu...
biarpun dikau selalu mengeluh kepenatan..
acap kali di senja hari...
aku tetap menerima semuanya...
menerima semuanya dengan hati terbuka...
kerana aku tau dikau juga tidak ingin keadaan seperti itu...
kerana diri mu terpaksa dan harus melakukan semuanya...

TAPI...
ingatlah selalu akan aku...
kerana aku selalu merindui dirimu...
kerana kita sudah lama tidak bersua...
rindu sekali diriku ingin memeluk mu lagi...
kerana semuanya itu sungguh indah bagi diriku...
kerana diri ku merasakan sesuatu yang amat bahagia...
jika diri ku bersama diri mu...
kerana diri ini terlalu sayang akan kamu...

ya, kamu buah hati ku...
kamu yang sering ku rindui...
I.aku sayang...

- ABSAFS -

Thursday, October 25, 2012

Aku amat merindui mu...

di sini aku bersendirian lagi...
hanya blog ini menjadi ruangan saksi...
betapa aku amat merindui mu...
diri mu yang kecil itu...
diri mu yang selalu menghantui fikiran ku...
biarpun dikau tidak kerap menemui ku...
tidak juga membaca ruangan ini selalu...
aku tetap yakin dengan diri mu...
aku yakin kerana dikau juga menyayangi diriku...
menyayangi diriku seadanya...
kerana dikau tidak lihat pada harta atau rupa...
aku terharu dengan keikhlasan dirimu...
mengambil berat tentang diriku...
mengambil peduli tentang keberadaan diriku...

Dan disebabkan itu...
ya, dan disebabkan itu aku amat sayang pada mu...
si buah hati kecil ku...
akan aku coba untuk tidak melukakan hati mu...
berjanji untuk menjaga dan menyayangi diri mu...
sehingga ajal memisahkan kau dan aku...

Dan jika ajal ku lebih awal dari mu...
ku berharap dikau akan sentiasa mengenang diriku...
seperti aku juga akan mengenangmu...
kerana sayang ini tidak akan pernah pudar dan lekang oleh waktu...

ikhlas dari hati kecil ini,
- ABSAFS -

Tuesday, October 16, 2012

Do You Feel the Same..

I always wonder...
I wonder if you are feeling the same...
feeling the same as I do...
because I miss you dearly...
because every moment seems a thousand years...
a thousand years without you...
for a moment with you...
is so precious...
time will then envy us...
the moment we are together...
but...
each and every second...
will i cherish the moments...
the moments we are together...
because i miss and love you so much...
my dear AF...

with lots of love from the small heart,
- ABSAFSSS -

Thursday, October 4, 2012

semakin hari semakin sayang...


Dan begitulah rasa diri ini terhadap mu...
Buah hati yang ku sayangi...
Dikau selalu tahu bila mana aku merindui mu...
Kerana dikau juga merasai rindu yang sama...
Aku tahu dikau iklas dalam semua kata kata mu...
Tapi aku sentiasa berharap itu akan berkekalan...
Kerana aku tidak ingin sekejap sahaja...
Kerana aku tidak pernah jemu...
Tidak pernah akan jemu menyayangimu...
Sehingga akhir waktu ku...
Kerana aku tidak akan menipu...
Tidak akan menipu dirimu...
Percayalah akan diriku...

Aku sayang sangat ke kamu,
-ABASAFS -

Saturday, September 22, 2012

Pelangi Senja...


acapkali aku mengatakan betapa aku sayang...
begitu sayang kepadamu...
tapi dikau hanya membisu...
membisu dan tak bersuara...
mengapa begitu...
aku tidak akan pernah tahu jika dikau benar-benar....
benar-benar menyayangi diri ini...
kerana aku ingin mendengarnya sendiri...
mendengarnya sendiri dari mulutmu...

jika ada sekalipun...
cumalah hanya bisikan kecil...
bisikan yang aku rasakan atas keterpaksaan...
jika aku tidak bertanya...
dikau tidak akan pernah menyebut...
perlukah aku mulakan semua...
mulakan semua bicara kita...
mulakan semua dengan persoalan...
dengan pertanyaan...
ini meragukan aku...
terhadap kesetiaanmu kepada ku...

kerana...
aku tidak akan pernah berhenti menyayangimu...
kerana dikau lain dari yang lain...
aku tak pernah merasakan kasih sayang sedalam ini...
kerana dikau saja yang mampu membuatku bahagia...
kerana aku sedar betapa pentingnya dikau di sisi...
aku selalu merinduimu...
dikau saja yang tak akan pernah tahu...

kerana...
aku tidak ingin hanya pelangi senja....
yang hadir indah untuk seketika...

yang akan iklas menyayangimu sehingga akhir waktu ini,
- ABSAFSSS -